Saturday, March 5, 2011

H@tiKu MilikMu

Sudah tiga minggu Lisa menyambung kembali kerjanya yang tertangguh disebabkan oleh cuti yang diambil untuk kenduri perkahwinannya. Dalam tidak disangka jodohnya datang atas permintaan kedua ibubapanya, yang amat berharap agar dia berkahwin dengan menantu pilihan mereka.

“ Lisa, ayah nak tanya kamu sikit nie..boleh?” Encik Mohamad memulakan bicara. Terasa sempit dadanya mahu meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Sebelum ini dia memang tidak pernah banyak bertanya. Lazimnya, isterinya Puan Leha yang akan mewakilinya dalam hal-hal peribadi anak-anak perempuannya

“erm ayah nie, tak pernah-pernah ayah cakap begini…erm kenapa ayah..? ayah nak pakai duit lagi ke”

“ish kamu nie, bukan pasal duit. Duit yang kamu kirim tiap-tiap bulan tue pun ayah tak abis guna pun. Lagipun Alhamdulillah rezeki masih banyak lagi sekarang. Ternakan lembu dan kambing ayah menjadi sekarang nie.”

“Alhamdulillah rezeki anak-anak la tue bang” sampuk ibu Lisa, Puan Leha.

“erm nampaknya gitula, Ha…nie Lisa ayah nak tanya kamu, kamu nie keje kat USM tue dah ada sape-sape yang istimewa ke?”

“eh ayah nie ke situ pulak, Lisa kan baru je keje kat USM tue, tak sampai setahun lagi pun.”

“ayah bukan apa Lisa, kalau tak ada tue bagusla..tercapai hajat ayah nanti”

“hah?hajat?hajat apa nie ayah?”

“kamu ajala Ha yang bagitau kat anak dara kamu yang sorang nie..”

“eh abang nie, kita pulak yang kene sambung. Tadi bukan main dia berkias. Begini Lisa, ayah kamu nie baru saja berjumpa balik dengan kawan lama kami dulu. Itula lama kami tak jumpa, anak-anak dia pun dah besar Lisa, keje pun baik-baik belaka semuanya. Sambil-sambil kami bersembang tue terkeluarla cerita angan-angan kami dulu nak jodohkan anak yang kami yang sulung. Dan mak dengan ayah berharap sangat angan-angan kami ini jadi kenyataan. Kamu setuju, Lisa?”

“hah? Kawen?uish mak biar betul..lagipun Lisa kan baru 26 tahun. Banyak lagi perkara yang Lisa nak capai dulu.”

“kami bukan apa Lisa, kami sudah terlanjur berjanji dengan mereka.”

“betul tue Lisa, tak besar apa yang kami minta ini Lisa, lagipun ayah tengok anak sulung kawan ayah tue baik budaknya. Apalagi yang nak kamu tunggu. Kalau kamu kawen pun sekarang tak terluputnya impian kamu tue. Kamu boleh capai apa yang kamu inginkan selagi suami kamu tue benarkan. Lagipun ayah tak pernah minta apa-apa pun daripada kamu, kan Lisa . ayah harap benar kamu setuju.” Encik Mohamad memang sangat berharap agar anak sulung perempuannya bersetuju dengan cadangannya.

Lisa hanya mendiamkan diri. Tapi akhirnya hanya menganggukkan kepala tanda setuju. Berat hatinya untuk menerima usul yang dicadangkan oleh ibu bapanya. Tetapi apakan daya, dia seorang anak. Dan seorang anak wajib patuh atas permintaan ibu bapanya. Lagipun kalau nak dibandingkan dengan jasa ibu bapanya tidak terbalas Lisa untuk membalasnya.

Jelas nyata kegembiraan yang terpancar pada muka wajah ibu bapanya pada hari perkahwinannya bersama suaminya. Tiada apa yang dapat mengembirakan Lisa selain keredhaan kedua ibu bapanya. Dalam diam Lisa bersyukur untuk menunaikan hasrat kedua ibu bapanya.

“Lisa kau nak keluar makan tak? Sibuk sangat aku tengok kau nie..?” sapaan Zakiah mematikan ingatan bagaimana dia boleh bertukar status sekarang.

“erm aku banyak kerja nie kiah, kau pegila makan dulu.” Lisa memang begitu selagi tidak siap sesuatu kerja, selagi itulah dia asyik menghadapnya sahaja.

“kau nie banyak kerja ke teringat kat suami kau nie, maklumla pengantin baru la katakan..” Zakiah mengusik. Dia bukan tidak tahu perangai Lisa kalau sudah banyak kerja. Agaknya kalau malam dan siang sama saja warnanya. Mesti Lisa tidak sedar bahawa hari sebenarnya sudah malam. Tapi Zakiah bersyukur kerana walaupun Lisa orangnya begitu tetapi ruang untuk beribadat pada Yang Maha Pencipta tidak pernah dilupakan, malah kadang-kadang Lisa la orang yang akan mengingatkan dia untuk solat.

“ ish kau nie, ada pulak ke situ. Aku kalau aku ingat kat suami aku, aku tak datang kerja tau. Lagipun dia outstation sekarang nie.”

“uish baru kawen dah kene outstation, erm elok la tue. Dah la sorang dekat utara sorang dekat selatan. Lepas tue dua-dua kalau dah pegang je kerja. Dua-dua macam lupa dunia.”

“la baru tue namanya bagaikan pinang dibelah empat” Lisa sengaja ingin mengusik Zakiah kembali.

“hah? Empat ? setahu aku dua bukan empat. Ini ahli falsafah mana pulak yang ajar kau nie.”

“ yela..aku , suami aku, kereta aku, kereta dia” jawab Lisa sambil ketawa. Zakiah memang sudah terkena kali ini. Geram juga dia bila tujuannya ingin mengusik Lisa, alih-alih dia pula yang diusik. Tetapi dalam diam dia juga turut ketawa geli hati mendengar pepatah yang baru dikeluarkan oleh ahli falsafah Lisa. Terbaru dipasaran tu.

“erm dahla, kalau menunggu kau alamatnya tak makan la aku. Aku pegi dulu”

Zakiah sudah lama angkat kaki untuk keluar makan tengah hari. Terasa menyesal pulak Lisa kerana tidak ikut bersama dengan Zakiah. Sekarang kerjanya yang dibuat pun sudah siap, tinggal hendak dapatkan kelulusan daripada pihak atasan sahaja lagi. Nasib baik pagi tadi dia sempat singgah di Seven Eleven untuk membeli roti, ada juga benda yang hendak dimakan.

Petang itu seperti biasa, Lisa sibuk menguruskan mesyuarat dengan semua kakitanganya berkenaan dengan pengurusan untuk pelajar baru untuk sesi 2011/2012. Selesai sahaja mesyuarat terus dia ke surau untuk solat Asar. Waktu bekerja pun sudah tamat. Hari ini Lisa ingin pulang awal, kerana mengikut perkiraannya dia ingin ke Queens Bay untuk membeli barangan rumah dah melihat-lihat pakaian baru untuk dibeli. Dalam perjalanan ke sana, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Terkejut dia, biasanya waktu-waktu begini tiada siapa yang akan menghubunginya.

“Assalamualaikum. Boleh saya tahu siapa yang bercakap?” Lisa segera menekan punat answer tanpa melihat siapa pemanggilnya.

“Waalaikumussalam, erm amboi suami sendiri pun dah tak kenal ke?” Hidayat menjawab.

“oh awak, maafla saya tidak sempat melihat nama pemanggil. Saya sedang memandu nie. Awak sihat?” Lisa sengaja menukar topik. Macam mana la dia boleh terlupa untuk melihat siapa pemanggilnya. Kan dah kene kau Lisa. Bisik hati kecil Lisa.

“Alhamdulillah sihat. Lisa? Lisa nak kemana tue?”

“Alhamdulillah saya sihat.saya nak ke Queens Bay kejap. Ingat nak beli barang sikit. Okla awak saya nak masuk parking nie. Karang line telefon tak ada kat tempat parking nie. Bye.Assalamualaikum.”

Bertuah punya bini. Desis hati Hidayat.

“ oo ngelat ye daripada aku, tak apa ..tunggu siapa yang kene nanti” Hidayat bercakap sendiri.

Sejak berkahwin Lisa memang dia sudah lama tidak membeli belah begini. Mana tidaknya, semasa hari perkahwinan dia sibuk menguruskannya. Selepas itu sibuk pula mencari rumah sewa baru. Kalau di ikutkan hati dia tidak mahu berpindah daripada tinggal dengan kawan-kawannya. Bukannya apa, lagipun Hidayat bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal disana. Tapi apakan daya Hidayat menyuruhnya berpindah. Kalau tidak diikutkan nanti, takut-takut apa pula katanya. Maklumla awal-awal nie kenala jaga hatinya dulu. Selesai membeli beberapa blaus dan kemeja Lisa terus ke kedai buku MPH di tingkat dua. Sudah lama dia meninggalkan hobi lama nya itu. Kini bila tinggal berseorangan terasa ingin pula memulakannya kembali. Seronok apabila melihat banyak keluaran buku-buku novel yang terkini. Kalau dahulu yang terpahat dimatanya hanyala tulisan keluaran Alaf 21 sahaja. Tetapi kini sudah banyak keluaran syarikat-syarikat lain yang setanding dengan Alaf 21. Naik rabun mata mahu memilih novel-novel yang hendak dibeli dan di baca.

“hai, cik adik sorang je ka. Nak abang temankan.” Dalam keralitan membelek buku-buku novel. Ada satu suara daripada belakang menyapanya. Malas Lisa mahu melayan. Dia bergerak ke hadapan sedikit. Tanda tidak mahu diganggu.

“uish jual mahal Nampak?”kata lelaki itu sambil cuba memegak tangan Lisa. Lisa apa lagi bukala silat langkah yang keberapa entah untuk menepis tangan lelaki itu . Malas mahu melayan. Dia bergerak ke depan lagi tanpa menoleh kea rah lelaki itu. Ini kalau kau kacau aku lagi, siap kau. Desis hati Lisa.

“garang la you nie.” Lelaki itu cuba mendekati Lisa lagi.

Lisa dengan hati yang membara apa lagi.

“encik…..eh awak….” Lisa menoleh ke belakang. Niat dihati ingin sahaja di beri amaran pada lelaki itu dengan kata-kata pula. Tadi dengan perbuatan. Tetapi belum sempat dia meneruskan kata-katanya. Dia terus terdiam. Tidak jadi meneruskan kata-katanya.

“eh terdiam pulak dia.”

“awak nie bila sampai, nasib baik saya pandang awak kalau tak, tak pasal-pasal saja awak malu kat dalam kedai nie tau. Nie lagi satu awak tak ada keja lain ke nak buat?” geram Lisa apabila orang lelaki tersebut adalah Hidayat. Rasa ingin dipelangkung sahaja. Nasib baik dia masih ingat bahawa Hidayat itu adalah suaminya.

“ala bukan orang lain pun abang usik, isteri abang juga, betul tak? Erm sudahla tue abang lapar nie, jom kita pegi makan, lagi pun hari nie satu hari abang tak makan lagi.” Hidayat memujuk isterinya. Walaupun dia baru sahaja mengenali Lisa. Tapi baginya Lisa adalah isterinya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk melindungi dan menyayangi Lisa walaupun dihatinya belum lagi ada kata cinta untuk Lisa. Sekarang ini pun dia masih lagi dalam tempoh mengenali hati budi isterinya itu. Setahunya, Lisa memang seorang anak yang taat, masakan tidak, Lisa adalah isterinya sekarang, berkahwin atas dasar permintaan keluarga. Mungkin kalau hendak diikutkan agak kuno cara itu, tapi baginya ibu bapa adalah segalanya, meskipun taktala itu hatinya masih mengharapkan pada cinta yang tidak pernah berbalas. Namun kini, dia harus melupakan segala yang dirasa kerana dia tahu kini hatinya perlu memupuk rasa baru untuk insan yang dinikahinya. Perutnya makin terasa berkeroncong, terasa lambat melihat respon Lisa, Hidayat terus sahaja menarik tangan Lisa untuk ke Food court untuk makan. Lisa yang terkedu hanya menurut sahaja. Masakan tidak, belum pernah ada mana-mana lelaki yang begitu bersahaja menyentuhnya begitu. Sungguh walaupun selama ini dia banyak terlibat dengan aktiviti universiti, dia amat menjaga batasan antara hubungan bukan muhrim nya. Padanya itu adalah syariat agama. Sampai sahaja di food court Hidayat terus sahaja membeli makanan lalu di bawa ke meja tempat Lisa duduk setia menunggu. Selesai makan mereka sama-sama pulang ke rumah sewa Lisa.